Saya Belum Jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM Ketika Itu – Dzulkifli

19
0

PUTRAJAYA: Dzulkifli Ahmad menjelaskan bahawa kehadirannya pada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada Februari 2016 bukanlah atas kapasiti sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Sebaliknya, katanya, beliau hadir hanya sebagai pegawai undang-undang dari jabatan peguam negara, memandangkan ketika itu beliau belum dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

“Saya nak membetulkan isu yang timbul- seolah-olah pada Feb 2016, saya memainkan peranan sebagai ketua pesuruhjaya (SPRM). Ketika itu saya belum lagi dilantik.

“Saya hanyalah pegawai undang-undang yang bertugas di jabatan peguam negara. Keterlibatan saya dalam isu ini hanya ketika satu mesyuarat (di mana) saya diarahkan mewakili jabatan peguam negara,” katanya kepada pemberita di depan bangunan SPRM hari ini.

Dzulkifly keluar dari bangunan SPRM pada jam 3.30 petang setelah lima jam memberikan keterangan.

Madinah turut mendakwa bekas ketua setiausaha sulit PM, Shukry Salleh pada Feb lalu mengarahkan bahagian yang menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada mesyuarat lembaga pengarah 1MDB, dikeluarkan daripada laporan itu.

Selain itu, Dzulkifli turut menjelaskan bahawa beliau bukan saksi pertama siasatan itu seperti yang digembar-gemburkan.

“Pihak SRPM telah memanggil lebih dari 15 orang saksi, saya adalah antara saksi yang terakhir dalam siasatan yang dilaksanakan,” katanya.

Dzulkifli juga mengesahkan bahawa beliau telah selesai memberikan kenyataan dan tidak akan kembali lagi ke SPRM untuk kes itu.