Saintis Terkemuka Stephen Hawking Meninggal Dunia

41
0
KONGSI

LONDON: Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.

Menurut laporan antarabangsa, hal tersebut disahkan oleh ahli keluarga mendiang.

“Stephen merupakan saintis yang hebat dan luar biasa.

“Malah dia seorang yang berani dan berusaha keras selain genius sehingga dijadikan sumber inspirasi seluruh dunia,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

“Mendiang juga pernah berkata, alam semesta kurang bermakna jika ia bukan rumah┬ákepada orang yang kita sayang.

“Kami akan merinduinya selama-lamanya,” kata kenyataan itu.