Russia Anjur Latihan Tentera Terbesar

3
0

CHITA: Russia mengadakan latihan tentera terbesar dalam sejarah negara itu sejak 1981 membabitkan ratusan ribu anggota mengambil bahagian termasuk tentera China dan Mongolia.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyelar usaha itu menyifatkannya sebagai latihan ke arah konflik berskala besar.

Presiden Vladimir Putin dijangka menghadiri latihan tentera berkenaan selepas menjadi tuan rumah kepada forum ekonomi di bandar Vladivostok di timur Russia yang turut menyaksikan kehadiran rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping sebagai antara tetamu kehormat.

Latihan selama seminggu dikenali sebagai ‘Vostok-2019 (East-2018)” sudah bermula di timur Russia, kata menteri pertahanannya.

Sejumlah 300,000 askar, 36,000 kenderaan tentera, 80 kapal dan 1,000 pesawat, helikopter serta dron turut mengambil bahagian.

Selain itu, sejumlah 3,500 anggota tentera China akan turut serta dalam latihan berkenaan.

Latihan tentera itu dijalankan ketika pergolakan antara Moscow dan Barat susulan dakwaan campur tangan Russia dalam hal ehwal politik barat dan konflik di Ukraine dan Syria sedang memuncak. – AFP