Rompak GST: Irwan Serigar Lapor SPRM Terhadap LGE

25
0

Oleh: Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah berhubung dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4 bilion telah hilang.

Menurut Irwan, laporan itu dibuat bagi membolehkan SPRM membuat siasatan mengenai dakwaan Guan Eng semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

“Benda tu tak berasas (tuduhan), yang saya nak benda terperinci (laporan) pasal dia kata kehilangankan (walhal) benda tu masuk dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui ketika hadir ke  SPRM, pagi tadi.

Sebelum itu, kelmarin Guan Eng mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah hilang akibat `dirompak’ di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).