32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 24, 2018

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

24
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, ketika ketegangan perang perdagangan kembali reda, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0180/0230 berbanding dolar AS daripada 4.0250/0300 sewaktu ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata terdapat penurunan bagi pendirian tarif AS yang agresif dan pembayaran gaji bukan ladang, menyebabkan minat pelabur beralih kepada mata wang lain, termasuk ringgit.

“Mata wang Asia, selain itu, diniagakan lebih kukuh, didorong oleh penurunan renminbi prestasi ekuiti yang teguh dan sentimen risiko lebih baik, yang amat berbeza berbanding ketidaktentuan pasaran minggu lepas,” katanya.

MySuaraFM
MySuaraTV