Rakyat Didahulukan Dalam TPPA – Najib

71
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau berkata hakikatnya, ini dapat dilihat daripada usaha kerajaan mengadakan rundingan supaya agenda Bumiputra dimasukkan dalam TPPA, dan ia berjaya berbuat demikian.

“Ia sekarang bukan sahaja diiktiraf di peringkat nasional – ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dilindungi. Ini menunjukkan bahawa Malaysia telah memperjuangkan dan memperoleh manfaat besar buat rakyat.

“Kita komited untuk melindungi kepentingan dan hak kedaulatan rakyat kita, dan membantu mereka untuk menjadi lebih kuat dalam apa yang disifatkan sebagai ekonomi global saling berkaitan,” kata Najib dalam blog beliau NajibRazak.com.