Rafizi Didakwa Bawah OSA Hari Ini

166
0
KONGSI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada Jumaat.

Peguamnya, Saiful Izham berkata beliau menerima maklumat bahawa Rafizi akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Jalan Duta pada pagi Jumaat untuk menjawab segala pertuduhan di bawah Seksyen 8 OSA.

Rafizi ditahan di depan pintu Parlimen pada 6:20 petang Selasa untuk siasatan di bawah OSA berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).