“Rafidah Nak Menyalak, Lantaklah” – Nazri Aziz

103
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz kini bukan sesiapa dan beliau bebas untuk bercakap memandangkan negara ini adalah sebuah negara demokrasi.

“Rafidah buaknnya sesiapapun. Kita amalkan kebebasan bersuara.

“Dia nak menyalak pun lantaklah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Meja bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas menteri Umno itu yang mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah ‘maharaja tanpa baju’ selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.