Putrajaya Sahkan Plot Guling Kerajaan

51
0
KONGSI
PUTRAJAYA: Putrajaya hari ini mengesahkan wujud aktiviti bertujuan menjatuhkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memandang serius percubaan mana-mana pihak yang berkomplot dengan cara tidak demokratik untuk menjatuhkan kerajaan dipilih.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata dalam satu jawapan bertulis Parlimen, kerajaan menyedari usaha yang melanggar undang-undang seperti itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara. – INSIDER