Produk Halal Malaysia Jadi Tumpuan Dunia

185
0
KONGSI

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata produk halal Malaysia terus mendapat perhatian pengguna di seluruh dunia.

Menurut beliau, pada tahun lalu, nilai eksport produk halal meningkat kepada RM42 bilion daripada RM38 bilion pada tahun 2014.

“Nilai eksport itu kebanyakannya disumbang bahan-bahan halal, produk makanan dan minuman serta produk berasaskan minyak sawit,” katanya pada pelancaran Persidangan Kosmetik Halal dan Penjagaan Peribadi Terkini, sebentar tadi.

Hadir sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Tambah beliau, Malaysia juga berupaya menjadi hab halal terkemuka dunia merangkumi pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu kepada industri pemakanan.

“Malaysia juga menjadi hub bagi industri halal dan perlu pembabitan semua pihak terbabit dalam menjayakan hasrat itu.

“Kita akui Malaysia bagus dalam bidang penciptaan tapi kurang membuat langkah susulan.

“Sebagai contoh, industri halal Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan bernilai RM10.6 bilion tahun lalu,” jelas beliau lagi.