PRK Sungai Kandis: SPR Tubuh PP-KPR

22
0

Oleh: Fadhil Daud

SHAH ALAM: Sempena proses pemilihan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan akan menubuhkan satu Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti berkempen sepanjang tempoh rasmi yang dibenarkan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood yang memberitahu bahawa peruntukan tersebut selaras dengan undang-undang di bawah Seksyen 27B Akta Keselamatan Pilihan Raya 1954.

Tambahnya, semasa berkempen calon dibenarkan untuk menayangkan gambar pemimpin parti yang diwakilinya dan gambar pemimpin parti komponen yang lain dalam PRK yang diadakan.

SPR juga akan mewujudkan 2 saluran khas bagi pengundi yang kurang upaya dan tua berumur 60 tahun ke atas.

Selain itu, SPR turut menambah sebanyak 21 saluran baharu yang mempunyai kepadatan pengundi menjadikan 109 saluran keseluruhannya berbanding 88 saluran sebelum ini.

Tambahnya, waktu memgundi juga akan dilanjutkan selama 30 minit bermula jam 8 pagi hingga jam 5:30 petang.

PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaim shafiei pada 2 Julai lalu akibat penyakit kanser limfoma.