PRK Port Dickson: Penyokong UMNO Bersama PAS – Nazari

6
0

SHAH ALAM : Kehadiran calon Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada akar umbi UMNO.

Calon Pas, Leftenan Kololonel (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata ia merupakan tanda positif bahawa penyokong UMNO akan bersama-sama Pas pada PRK yang bakal berlangsung pada 13 Oktober ini.

“Saya telah pergi ke semua cawangan UMNO di Port Dickson, saya belum melihat satu pun penolakan terhadap calon Pas. Walaupun pada awalnya ada percanggahan pendapat tetapi akhirnya ia diterima baik.

“Secara jelas saya boleh katakan majoriti pengundi UMNO akan diberikan kepada Pas. Bagi PH mungkin hanya sedikit sahaja undi kepada mereka iaitu dakam kalangan anak muda yang belum berkahwin.

“Bagi mereka yang telah berkahwin mereka merasai kesempitan hidup di bawah kerajaan baharu ini,” katanya demikian semasa menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian ke-72 bertajuk Port Dickson Pasca PRK: Apakah Harapan Rakyat, di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.

Beliau pada masa sama menyifatkan sokongan UMNO kepada Pas ini mungkin merupakan titik perubahan kepada pucuk pimpinan UMNO.