Polis Tembak Mati 5 Penjenayah

31
0

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, di sini, jam 4.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor menembak mati empat penjenayah di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata seorang lagi suspek pula berjaya diberkas polis.

“Dua pistol dan beberapa parang turut dirampas dalam kejadian itu. Polis juga berjaya mendapatkan sebahagian besar barang kemas yang disamun suspek berkenaan.

“Seorang anggota polis cedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, anggota polis yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim akan membuat sidang media di lokasi kejadian sebentar lagi.