Polis Rampas 72 Beg, Barang Kemas

43
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Polis merampas 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments Bukit Bintang, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Berita Harian, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin.

Bagaimanapun, jumlah wang tunai dan nilai rampasan di kondominium yang dimiliki individu bergelar Tan Sri belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan namun mengesahkan jumlahnya besar.

JSJK turut membawa mesin pengira wang dipercayai untuk mengira wang tunai berkenaan.

“Kondominium berkenaan adalah satu daripada enam lokasi pemeriksaan yang dilakukan serentak sejak dua hari lalu,” katanya ketika sidang media di lobi kondominium itu awal pagi tadi.