PM Akan Umum Speaker Dewan Rakyat

25
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Pengumuman nama calon Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam waktu terdekat akan dilakukan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan semalam telah sepakat memuktamadkan untuk menamakan hanya satu nama bagi jawatan itu.

“Perdana Menteri akan mengeluarkan calon Speaker yang telah terpilih, mungkin hari ini atau esok perdana menteri akan umum,” katanya ketika menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Negara di Putrajaya, sebentar tadi.