PKR Hantar Senarai 3 Calon Menteri Kebinet

59
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: PKR menghantar tiga nama calon menteri kabinet kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Xavier Jayakumar.

Menurut Shamsul beliau dimaklumkan kebanyakan kepimpinan tertinggi PKR dimasukkan ke dalam senarai calon menteri.

“Mereka meletakkan semua pimpinan tertinggi (seperti) saya sendiri, Xavier, Saifuddin, semua kepimpinan tertinggi.

“Surat itu dihantar oleh presiden sendiri, jadi saya tidak tahu, tetapi menurutnya, dia meletakkan semua nama kepimpinan tertinggi, termasuk wakil presiden, setiausaha agung dan semua itu,” katanya.