Petronas Hormati Keputusan Kerajaan

82
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menghormati sebarang keputusan kerajaan mengenai kedudukan penasihat syarikat minyak nasional itu.

“Pelantikan penasihat Petronas adalah hak kerajaan Malaysia. Petronas menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Kabinet semalam sebulat suara bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan Dr Mahatir tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.

“Kabinet hari ini (semalam) membincangkan beberapa tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama beberapa pemimpin parti pembangkang minggu lepas.

Dr Mahathir dilantik penasihat Petronas selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003. Beliau kekal sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd, jawatan yang dilantik pada Jun 2014.