Petisyen Sokong Najib Di change.org Terima 2,682 Sokongan

271
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Satu petisyen untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dimuatnaik dalam laman web www.change.org oleh seorang individu bernama Johan Rashdan.

Change.org ialah laman yang berpusat di Delaware, Amerika Syarikat yang digunakan sebagai platform oleh orang ramai di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan atau rasa tidak puas hati menerusi kiriman petisyen.

Menariknya petisyen yang telah lima hari dinaikkan itu memperoleh 2,682 sokongan setakat (10 malam) ini dan memerlukan 2,300 lagi sokongan untuknya mencapai sasaran 5,000 sokongan.

Petisyen tersebut antara lain mengetengah bahawa terdapat tindakan, langkah dan gerakan-gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah dengan mengaibkan Najib dan menyatakan langkah dan gerakan itu sebagai tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan dan demokrasi.

“Menyedari hakikat di atas, maka kami rakyat Malaysia berikrar untuk menentang segala bentuk tindakan dan gerakan untuk menjatuhkan Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bersetuju agar Kerajaan yang di pilih sedia ada menyambung serta menjalankan tugas-tugas mentadbir Negara sehingga Pilihanraya Umum yang akan datang,” tulis keterangan petisyen itu.

Link: Support our PM Najib Razak