Pertarungan Kini Antara Tun M Dan UMNO – Rahman Dahlan

482
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak hari ini membuatkan pertarungan beliau bukan lagi dengan perdana menteri.

Sebaliknya, kata Pengarah Komunikasi BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, ia kini antara Mahahir dan Umno sendiri.

“Dengan bekerjasama dengan pembangkang yang agendanya untuk memusnahkan Umno, pertarungan ini bukan lagi antara Tun dan PM.

“Kini ia antara Tun dan Umno!” katanya di Twitter.

Kata Rahman lagi, kerjasama yang dijalinkan oleh Mahathir dan pembangkang hanya akan mengukuhkan Najib.

“(Tun) bekerjasama dengan musuh ketat Umno hanya akan mengukuhkan kedudukan perdana menteri dalam Umno. Saya berterima kasih kepada Tun!” katanya.

Rahman dengan sinis berkata penasihat Mahathir terlupa untuk memberitahunya, sekiranya beliau melakukan lebih banyak perkara yang mengarut ia hanya mengukuhkan kedudukan Umno.

Katanya lagi, Mahathir tidak pernah gagal untuk memukaunya dan pada suatu ketika pernah mengingatkan rakyat di negara ini mengenai “Melayu mudah lupa” tetapi kemudian menunjukkan kejahilannya terhadap Umno.

“Terima kasih kerana memecah belahkan Umno dengan membelakangi PM,” katanya lagi di Twitter.

Rahman turut membuat permintaan supaya Mahathir memeluk dan mencium pipi Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Malah katanya, beliau tidak akan terkejut sekiranya terdapat ketua cawangan yang menukarkan nama anak mereka sebagai Mahathir.

“Tunaikan satu permintaan kami esok, boleh tak cium dan peluk pipi Kit Siang sebab….” katanya.

Kemudian Rahman menyambung tweetnya dengan menulis: “Sebab ketika itu saya tidak akan terkejut jika seorang daripada ketua cawangan Umno saya akan menukar nama anak mereka yang bernama Mahathir. Tuah tidak kekal selamanya”.

Mahathir hari ini menyertai puluhan pemimpin pembangkang dan NGO mendesak pengunduran Najib dengan sebuah majlis deklarasi menolak perdana menteri keenam itu di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Umno yang Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam acara itu selain bekas presiden MCA Tun Ling Liong Sik dan bekas menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Ini pertama kali Mahathir dan pembangkang mengadakan sidang media bersama-sama dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

Sementara itu Rahman berkata, suara akar umbi yang diterimanya menunjukkan mereka akan terus berdiri teguh bersama Najib.

“Sambutan saya dapat daripada pemimpin akar umbi Umno di Whatsapp dan Telegram, kumpulan saya adalah tidak berbelah bahagi untuk terus berdiri di belakang presiden,” katanya. – MK