Perpustakaan Kuala Lumpur Terbakar

285
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran telah berlaku di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada pagi Isnin.

Walau bagaimanapun, maklumat mengenai kejadian masih belum diberikan kerana operasi memadamkan kebakaran masih berjalan.

Perpustakaan ini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka.