Perhimpunan Solidariti Untuk Zahid Dibatalkan

11
0

SHAH ALAM: Perhimpunan solidariti buat Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan Rabu ini dibatalkan.

Penganjur, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pembatalan dibuat susulan permintaan Ahmad Zahid sendiri.

“Tiada sebarang perhimpunan berkaitan #Solidariti4ZahidHamidi sehingga saya maklum kelak. Maaf atas sebarang kesulitan,” katanya.

Sebelum ini Lokman bercadang mengadakan perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.30 pagi dan 9 malam Rabu ini.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kehadiran beliau ke SPRM hanya untuk memberi keterangan.

“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibu pejabat SPRM.

“Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.