Penyokong Najib Lancar Kutipan Derma

1688
0

KUALA LUMPUR: Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam.

Ketika dihubungi Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu ketika ini.

“Jangan kita tinggalkan kawan kita semasa (dia) susah,” katanya kepada.

Razlan berkata Tabung Solidariti Datuk Seri Najib itu dilancarkan hari ini dan setakat awal petang sebanyak RM11,000 sudah terkumpul.

Terdahulu The Star Online melaporkan Razlan sebagai berkata kutipan tabung berkenaan dilakukan kerana setakat ini Najib belum baru dapat menjelaskan keseluruhan jumlah ikat jamin yang dikenakan kepadanya.

Justeru katanya mereka mahu memberikan sokongan moral dan kewangan terhadap Najib.

“Najib hanya dapat membayar RM500,000 dan untuk mencukupkan jumlah jaminan beliau terpaksa menyerahkan surat milik rumahnya,” katanya. -MK