Penyokong Muhyiddin Kibar Bendera UMNO Separuh Tiang

228
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengibarkan bendera separuh tiang sebagai protes penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Tindakan itu dipercayai dilakukan di beberapa kawasan UMNO Johor, ekoran masih belum dapat menerima hakikat Muhyiddin yang sebelum ini digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan kini hanya ahli biasa di dalam parti Melayu itu.

Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, tindakan penyokong Muhyiddin itu dipercayai dilakukan kerana membayangkan UMNO ‘sudah mati’.

“Ia bukan saja sebagai tanda sokongan berterusan kepada Muhyiddin Yassin, malah juga membayangkan seolah-olah UMNO “sudah mati” di hati mereka,” tulisnya di blognya shahbudindotcom.blogspot.my.

Mengibarkan bendera separuh tiang kebiasaannya sebagai tanda penghormatan, berkabung, atau kemalangan.

Sebelum ini, beberapa kawasan UMNO di Kedah bertindak mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) secara terbalik bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pimpinan UMNO khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak.