Pemimpin Muda PKR Dakwa Jadi Mangsa Surat Layang

86
0

RAWANG: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang Gan Pei Nei berkata beliau mungkin digugurkan sebagai calon kawasan itu.

Semuanya, kata pemimpin muda PKR, itu gara-gara sepucuk surat layang yang menuduhnya menyalahgunakan peruntukan kawasan.

Tak mampu menahan sebak, Gan berkata, surat itu dihantar kepada kepimpinan parti dan beliau tidak pun diberi peluang untuk membela diri.

Gan percaya ia didalangi orang dalam tetapi menyebut namanya.

“Mungkin surat ini dari pihak yang mahu bertanding di Rawang dan mereka tikam belakang saya,” katanya dalam sidang media di Rawang hari ini.

Gan berkata beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membersihkan namanya.

Beberapa anggota akar umbi parti itu turut hadir dalam sidang media itu.

Pada 2008, ketika baru berumur 27 tahun, Gan membuat kejutan dengan mengalahkan calon MCA.

Pada 2013, beliau sekali lagi menang dengan majoriti lebih besar.