Penjawat Awam Dinasihat Jangan Cepat Percaya Khabar Angin

158
0

Oleh: Khizairi Khizan

PUTRAJAYA: Sektor perkhidmatan awam harus terus memainkan peranan sebagai pemudahcara kepada pihak sektor kepada pihak sektor swasta dalam memastikan aktiviti ekonomi dan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dengan itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, ia akan dapat menjana hasil pendapatan kepada kerajaan, meningkatkan “people economy’ dan memperkukuhkan ekonomi negara.

“Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan supaya penjawat awam jangan terpedaya kepada khabar angina dan sebaliknya menumpukan fokus serta usaha kepada melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang telah ditetapkan khususnya RMK-11 dan langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri hari ini,” beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak di PICC, hari ini.

Kata beliau lagi, ucapan Najib pada majlis itu telah menafikan segala desas-desus mengenai langkah kerajaan untuk memotong gaji dan elaun penjawat awam.