Pengawal Bersenapang Iring Sultan Ke DUN Kelantan

826
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Kelainan boleh disaksikan kali ini ketika pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan apabila sultan diiringi pengawal bersenjata.

Perkara itu dilapor tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia dimuat naik ke Facebook Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan semalam.

Sultan Muhammad V kelihatan berjalan sambil diiringi pengawal berpakian rasmi yang bertali leher, berjaket dan bersongkok hitam sambil menggalas senapang.

Beberapa media lain turut menyiarkan gambar peristiwa sama, yang memperlihatkan sekurang-kurangnya dua pengawal membawa senjata.

Bagaimanapun, The Star Online melaporkan bahawa baginda sering ditemani pengawal bersenjata walaupun hadir ke acara tidak rasmi dalam dan luar Kelantan.

Perkara itu dikatakan dimulakan sejak menerajui negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada 2010.

Semasa masih menjadi Tengku Mahkota dan Pemangku Raja, selepas seorang pengawal keselamatan istana dilapor ditembak suspek tidak dikenali.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.