Pembangkang Rayu Usul Tak Percaya Peguam Negara

104
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Speaker Dewan Rakyat ekoran usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ditolak.

Wan Azizah berkata, surat rayuan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan dihantar dalam masa terdekat.

“Saya akan menghantar surat rayuan kepada Yang Dipertua dalam masa terdekat ini.

“Saya menyeru Yang Dipertua Dewan Rakyat meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam usaha penambahbaikan parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. – MK