Peguam Negara Tiada Kredibiliti – Tun M

557
0

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamed sekali lagi menyerang Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusannya tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap perdana menteri, mengatakan ia tidak bermakna kerana peguam kerajaan itu seorang yang tiada kredibiliti.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan bagi membolehkan Malaysia mendapatkan semula reputasinya.

“Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.

“Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti.
“Sekiranya gagal berbuat demikian, Najib perlu meletak jawatan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Semua orang lain yang turut “melindungi” perdana menteri berhubung dakwaan penglibatannya dalam skandal kewangan, juga perlu meletak jawatan, tambahnya.

“Malaysia mesti dibebaskan dari seorang perdana menteri yang mempunyai reputasi begitu buruk sekiranya ia mahu mendapatkan semula reputasinya.” – INSIDER