Nurliyana Pesakit Hiper Tiroid Kritikal

196
0
KONGSI

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Pesakit Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian lehernya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kini berada dalam keadaan kritikal berikutan beberapa komplikasi.

Memetik laporan Harian Metro, suaminya Mohd Taufiq Abdullah berkata, Nurliyana mengalami komplikasi di bahagian jantung dan saluran pernafasan.

Keadaan ini menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan.

“Pada 1.30 pagi tadi, saya menerima panggilan daripada petugas Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL berikutan keadaan Nurliyana yang agak kritikal.

“Doktor yang merawat isteri saya memaklumkan bahawa beliau mengalami masalah jantung dan pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida yang amat tinggi.

“Melihat kepada keadaan Nurliyana ketika itu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan bagi memasang saluran pernafasan melalui hidung atau menerusi tiub di bahagia leher,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Perkarangan Bangunan Utama HKL, sebentar tadi.

“Saya mohon doa rakyat Malaysia untuk dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan yang terbaik untuk isteri, Nurliyana,” katanya.

Menurut Mohd Taufiq, doktor juga memaklumkan kepada keluarganya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan keadaan Nuliyana berada pada tahap sangat kritikal.