Nilai Ringgit Terus Meningkat

122
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan tinggi bagi unit tempatan itu berlatarbelakangkan data ekonomi lebih baik dari China serta persekitaran yang membelenggu Rizab Persekutuan.

Pada jam 9.04 pagi ini, ringgit diniagakan pada 3.8750/8830 berbanding mata wang AS berbanding penutup Jumaat 3.8880/8950.

Seorang peniaga berkata, mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit berkemungkinan akan kekal kukuh dengan jangkaan kadar faedah AS akan dalam tempoh terdekat ini semakin pudar selepas Rizab Persekutuan membayangkan tindakan berhati-hati untuk melaksanakan dasar berkenaan.

Pertumbuhan dalam sektor pembuatan China pada bulan Mac juga menyediakan rangsangan kepada ringgit. Berbanding mata wang lain, ringgit juga diniagakan lebih tinggi, kecuali yen Jepun, apabila susut kepada 3.4763/4838 berbanding 3.4603/4675 minggu lalu.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8727/8804 daripada 2.8826/8895 pada Jumaat, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5165/5290 daripada 5.5692/5815 serta mengukuh kepada 4.4202/4309 daripada 4.4315/4411 berbanding euro.