Najib Ziarah Pusara Tun Razak

45
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi pusara ayanhandanya, Tun Abdul Razak Hussein di Makam Pahlawan, di Masjid Negara Kuala Lumpur pagi ini.

“Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri.

“Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” katanya dalam catatan terbaru beliau di Twitter.

Najib turut memuat turun gambar beliau membaca surah yassin di pusara itu.

Tun Abdul Razak, yang juga perdana menteri kedua  meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat leukemia.

Allahyarham berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1970 sehingga kematiannya.