Najib Tak Perlu Bayar Cukai Derma RM2.6 Billion – LHDN

405
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi.

Ini adalah mengikut Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar ketika ditanya sama ada sumbangan politik boleh dicukai merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Katanya, jika pendapatan tidak tertakluk kepada pendapatan, maka pihaknya tidak boleh mengenakan cukai dan derma politik tidak tertakluk kepada cukai.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib perlu membayar cukai bagi jumlah wang yang besar yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya. – MK