Najib Minta Rakyat Doakan Haron Din Segera Sembuh

166
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meminta rakyat Malaysia mendoakan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), segera sembuh.

“Meluangkan masa menziarahi dan berbual dengan Ustaz Haron Din tadi di IJN selepas melawat Shaaban Hussin di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sama-sama kita doakan Allah SWT pelihara beliau dan segera sembuh, Insya-Allah,” kata Najib dalam entri terbaharu Facebooknya sebentar tadi.

Haron dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 24 Mac lalu selepas mengadu sakit dada dan kini beransur pulih.