Najib Menghadap Raja Salman

24
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadap Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Riyadh.

Perdana Menteri menerusi Twitter dan Facebook rasminya berkata, mereka berpeluang bertukar pendapat, terutama mengenai isu yang dibincangkan dan dipersetujui semasa kunjungan bersejarah Raja Salman ke Malaysia, tahun lalu.

“Terima kasih atas keramahan, kemesraan dan persahabatan yang akrab antara dua negara bersaudara,” katanya.

Najib selamat tiba di Riyadh malam tadi bagi lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman.

Perdana Menteri diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri akan berada di Arab Saudi hingga Jumaat ini.