Najib Mengaku Tidak Bersalah

41
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pendakwaan diwakili Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria manakala pasukan pembelaan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mohd Hanafiah memohon untuk tiga pertuduhan itu dibicarakan secara bersama dengan empat pertuduhan yang sudah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan kes kini akan disebut semula di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Mahkamah Tinggi 3 sebentar lagi.