Najib Dan Doktor Perubatan Sama, Disalahertikan – MYKMU

228
0

PETALING JAYA: Kisah jahitan seorang doktor kepada pesakit yang didakwa seperti menjahit guni yang menjadi viral di laman sosial disamakan dengan situasi yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Blog UMNO, MYKMU berkata, sikap dungu pengguna laman sosial yang berkongsi cerita itu sedangkan tidak faham perihal bidang perubatan, telah memburukkan nama doktor-doktor di negara ini.

Begitulah, yang berlaku kepada Najib apabila berhadapan dengan persepsi kos gaya hidup yang banyak ditafsir macam kos sara hidup.

“Sehinggakan semua keputusan pentadbiran beliau dianggap cuba menyusahkan rakyat sedangkan hakikatnya ia adalah baik untuk negara dan rakyat dalam jangka masa panjang dari ilmu ekonomi – samalah macam kes jahitan doktor itu.

“Macam kenaikan tambang ERL dan komuter baru-baru ini. Hakikat bahawa apa jua kenaikan tambang yang diumumkan itu adalah jauh lebih murah dari guna pengangkutan sendiri tetapi tidak dipedulikan,” tulis blog itu.

Katanya, tidak munasabah kerajaan mengeluarkan wang rakyat bagi tujuan membayar pampasan yang besar kepada yang syarikat konsesi untuk mengela tambang naik sedangkan yang guna perkhidmatan itutak sampai 1/3 dari rakyat Malaysia.

“Najib dan pentadbirannya ada 30 juta rakyat, 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang nak difikirkan di Malaysia ini, bukan tiga negeri yang jadi tumpuan akibat dari kenaikan tambang pengangkutan awam itu sahaja. Dari 3 negeri itu pun, bukan semua kawasan mendapat kemudahan komuter (ERL apatah lagi), hanya sesetengah tempah.

“Itupun Najib masih berjiwa besar dengan mengumumkan pemberian diskaun untuk sesetengah golongan hasil desakan dalam yang disuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Membuktikan, sama seperti kes doktor perubatan tadi, dalam kutuk-kutuk pun, kepada Najib juga rakyat mengadu untuk mendapatkan pembelaan, bukan kepada kepada pembangkang,” tulis blog itu. – FMT