Najib Adakan Pertemuan Bersama Penyandang Ahli Parlimen BN

10
0
KONGSI

Oleh: Wartawan MySuara

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak hari ini bertemu dengan penyandang-penyandang kerusi Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Yang turut kelihatan memasuki kompleks tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, lapor Utusan Online.

Kesemua ahli Parlimen tersebut tiba sekitar pukul 8 pagi.

Difahamkan pertemuan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri bagi mengucapkan penghargaan kepada kesemua penyandang kerusi tersebut sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Dalam pada itu, Isa yang juga penyandang Ahli Parlimen Jempol dilihat keluar dari kompleks tersebut pada pukul 10 pagi.

Usaha pihak media untuk menemubual beliau bagaimanapun gagal selepas kereta jenis Mercedez-Benz dinaikinya tidak berhenti apabila disapa.