Naikkan Had Umur Perkahwinan Perlu Teliti – TPM

16
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Sebarang saranan untuk menaikkan had umur perkahwinan perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan badan-badan agama Islam sebelum dibentangkan di Parlimen.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini kerana pelbagai perkara perlu diperhalusi sebelum ia dibawa ke peringkat perundangan.

“Cadangan ini perlu dibincangkan dengan badan-badan agama terlebih dahulu seperti Majlis Fatwa sebelum ia dibawa ke Parlimen,” kata Dr Wan Azizah.

Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan berhasrat untuk membentangkan pindaan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, tetapi tidak memperincikan akta yang bakal dipinda.