26 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 23, 2019

MyPPP Akan Kemukakan Rayuan – Kayveas

29
0

CAMERON HIGHLANDS: MyPPP akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembatalan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Presidennya, Tan Sri M. Kayveas berkata, beliau yang mengetahui pembatalan tersebut menerusi surat yang tersebar di media sosial akan membuat rayuan dalam tempoh 30 hari mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, sebarang keputusan akan diputuskan oleh Muhyiddin sama ada menerima keputusan ROS, membuat pindaan atau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Notis merah daripada ROS ini bermaksud pembatalan MyPPP dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan kita ada masa 30 hari untuk membuat rayuan kepada menteri. Itu adalah hak kepada parti dan persatuan dari segi undang-undang.

“Selepas kita terima keputusan daripada menteri, barulah kita ambil tindakan lain. Jika menteri tidak setuju dengan keputusan ROS, maka selesailah perkara itu.

“Namun kalau beliau buat pindaan kepada keputusan, kita perlu lihat apa pindaan-pindaan tersebut dan jika beliau setuju dengan keputusan ROS maka kita ada 90 hari untuk membawa isu itu ke mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat MyPPP di Tanah Rata, di sini hari ini.

MySuaraFM
MySuaraTV