25 C
Kuala Lumpur
Friday, February 23, 2018

Mydin Tidak Perlu Gunakan Sentimen Negatif – Hamzah

16
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Pengusaha pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) diingatkan supaya tidak menggunakan sentimen negatif sehingga menyebarkan persepsi yang berbeza dengan keadaan sebenar rakyat ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sektor peruncitan dalam negara masih berada dalam keadaan berdaya saing dan mampu berkembang dengan lebih pesat.

Menurut beliau, pengusaha pasar raya besar seharusnya tidak bermain dengan emosi dan perasaan semata-mata hanya kerana prestasi perniagaan mereka mengalami penurunan.

“Apa yang menghairankan saya, tidak sampai seminggu selepas beliau (Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin) keluarkan kenyataan sedemikian, Mydin melancarkan pula sebuah lagi pasar raya besar di Kuching, Sarawak. Jadi perkara berkenaan sudah bertentangan dengan kenyataan yang diberi sebelumnya.

“Sekiranya benar rakyat sudah tiada wang untuk berbelanja, tidak mungkin Mydin akan buka cawangan baharu, malah mereka juga mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi taklimat mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di sini hari ini.