Mukhriz Rela Letak Jawatan Daripada Bubar DUN

306
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau enggan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kerana tidak mahu krisis di Perak pada 2008 berulang.

Beliau berpendirian, meletak jawatan selepas dimaklumkan tidak lagi mendapat sokongan majoriti adalah jalan terbaik.

“Saya mengambil iktibar daripada krisis di Perak. Saya tidak akan bawa sehingga ke pembubaran DUN.

“Ini cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di Kedah dan demi rakyat,” katanya pada sidang mengumumkan peletakan jawatannya di Wisma Darul Aman.

Mukhriz berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan kepadanya jawatan Timbalan Perdana tetapi beliau terpaksa menolak.

“Walaupun saya bukan lagi Menteri Besar, saya akan terus berkhidmat sebagai ADUN selagi diperlukan, ” katanya.