Muhyiddin Mungkin Jalani Kemoterapi – Tun M

50
0

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan akan bercuti lebih lama lagi kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Muhyiddin perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada bulan lalu.

“Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu bercuti sejak 12 Julai lalu bagi mendapatkan rawatan di Singapura dan sepatutnya kembali bertugas dalam tempoh sebulan lagi.

Tugas sebagai Menteri Dalam Negeri kini dipangku oleh Dr Mahathir.