Mufti Perlis Ajak Siti Kasim Berdialog

17
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Peguam kontroversi, Siti Kasim diajak untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) oleh Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri sebelum  ini pernah menjemput Siti Kasim untuk hadir ke majlis dialog terbuka tentang isu Islam yang ditimbulkan di Malaysia namum Siti Kasim enggan dengan alasan-alasan tertentu.

Tambahnya, Siti Kasim sekali lagi bising kali ini berkaitan LGBT dan bahasa yang digunakan Siti Kasim sangat tidak matang.

“Hari ini beliau bising lagi pasal LBGT seakan akan undi beliau dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini memerintah.

“Sangat tidak matang cara bahasa dan gaya yang dipertontonkan. Apatah lagi jika mahu diukur dari nilai budaya timur dan Nusantara kita yang santun dan berbudi bahasa. Sangat janggal. Bimbang jika watak seperti itu dilihat oleh anak-anak kita yang masih mentah,” kata Mohd. Asri dalam satu kenyataan hari ini.