Mohd Nasir Dilantik Pengerusi Baharu Media Prima

18
0

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Nasir Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan dan Lembaga Pengarah Media Prima Bhd (MPB) berkuat kuasa hari ini.

Syarikat media bersepadu itu dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin sebagai Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif dan Mohd Rashid Mohd Yusof sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima.

“Mohd Nasir mula menjadi Ahli Lembaga Pengarah Media Prima pada 26 Februari 2016. Beliau adalah Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif dan dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Interim pada 21 Mei 2018.

“Lembaga Pengarah telah menjalankan proses pemilihan yang teliti untuk mengisi jawatan Pengerusi Kumpulan dan percaya Datuk Mohd Nasir merupakan calon yang paling sesuai untuk menerajui Media Prima di dalam usaha untuk menjadi syarikat kandungan dan perdagangan digital yang utama di Malaysia.

“Dengan pelantikan baharu Datuk Mohd Nasir ini, beliau akan meletak jawatan yang dipegang dalam Media Prima, iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit Kumpulan, Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan, dan Ahli Lembaga Pengarah Synchrosound Sdn Bhd,” katanya.