MCA Bantu BN Selangor Raih Undi Cina 

104
0

Oleh : Saadah Latib

SHAH ALAM: MCA yakin mampu membantu Barisan Nasional (BN) Selangor untuk menarik semula sokongan masyarakat  Cina untuk membolehkan BN memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Untuk tujuan tersebut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata calon yang dipertandingkan kali ini merupakan calon yang mesra rakyat dan disukai ramai.

“Selain itu, kita juga telah mendapatkan kerjasama daripada pertubuhan Cina untuk menyokong  MCA dan BN supaya BN menang besar pada PRU-14.

“Paling penting kita berjaya dapatkan kembali sokongan ahli MCA. Sekarang ahli MCA sudah ramai iaiti 30 peratus penambahan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan yang gagal menunaikan janji mereka pada PRU-13.

“Banyak isu di peringkat akar umbi tidak dapat diselesaikan, antaranya isu air, banjir, sampah dan tanah. Isu ini sememangnya sangat membebankan rakyat Selangor”, ulas beliau.

“Sebenarnya, kesepakatan dalam BN ini sangat penting, bukan sahaja antara Gerakan dan MCA malah melibatkan kesemua komponen BN”, katanya.