Maxis, Airasia Taja Siaran Piala Dunia di RTM – Gobind

26
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebentar tadi mengumumkan siaran kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara rasminya menerima tajaan berjumlah RM30 juta menerusi Maxis Berhad dan Airasia Berhad.

Menurut Gobind, Maxis merupakan penaja utama iaitu Penaja Platinum dengan tajaan RM18 juta sementara Airasia adalah Penaja Emas menerusi tajaan RM12 juta.

Selain Maxis dan Airasia, pelbagai pihak lain juga sedang mengadakan perbincangan dengan RTM kerana mempunyai hasrat untuk menyalurkan tajaan.

“Berhubung kos untuk hak penyiaran, jumlahnya adalah RM30 juta. Kita ada perjanjian spesifik kos berkenaan. Misal kata (dengan pertambahan tajaaan) kita dapat siaran (perlawanan) tambahan, perkara itu masih dalam perbincangan,” katanya selepas melancarkan siaran kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di kementeriannya di sini hari ini.