Mantan Gabenor Bank Negara Disiasat

25
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim bakal disiasat berhubung pembelian tanah oleh Kementerian Kewangan bernilai RM2 bilion Januari lalu.

Memetik sumber Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beberapa pegawai BNM juga disoal siasat berkaitan pembelian tanah seluas 55.79 ekar dikenali sebagai Lot 41.

Laporan itu juga difahamkan Muhammad telah disoal siasat beberapa kali.

“Kami telah mengambil kenyataan beberapa orang pegawai BNM. Tumpuan SPRM adalah berkaitan penjualan tanah.

Sumber itu berkata, SPRM menjejaki urusan jual beli bernilai RM2 bilion sama ada dia bersih atau sebaliknya.

“Jika BNM mahu menyiasat para pegawainya sendiri, itu adalah siasatan dalaman. Kami tidak akan masuk campur,” kata sumber itu.

Ditanya sama ada terdapat pegawai kanan kanan bank turut disiasat, sumber itu memberitahu, “Banyak orang.”

Pada 31 Oktober lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, seseorang di bank pusat secara ketara mengetahui apa yang berlaku dalam urusan jual beli tanah berkenaan.