Manchester United Pecat Mourinho

24
0

MANCHESTER United memecat pengurus Jose Mourinho.

Pengendali Portugis itu bakal menerima bayaran pampasan 22.5 juta pound (RM119 juta).

Desas-desus mengenai Mourinho bakal dipecat sudah tersebar sejak beberapa hari lalu, namun ia berlaku pada Selasa dalam tempoh separuh musim liga berlangsung.

“Manchester United mengumumkan pengurus Jose Mourinho perlu meninggalkan kelab dengan serta merta.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose sepanjang bekerja di Manchester United, semoga sukses di masa depan.

“Pengurus sementara akan dilantik sehingga tamat musim ini manakala dalam masa itu kelab akan mencari pengganti yang baharu, pengurus sepenuh masa,” jelas kenyataan kelab.

Mourinho dilihat tiba di Carrington pukul 9 pagi Selasa, sebelum beberapa minit dipecat.

Zinedine Zidane dan Mauricio Pochettino antara calon pilihan menggantikannya, manakala jurualtih Michael Carrick disebut sebagai pengurus sementara.

United kini berada di tangga keenam liga dengan 26 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Perlawanan bertemu Liverpool awal pagi Isnin menjadikan aksi terakhir Mourinho bersama kelab yang menyaksikan mereka tewas 3-1. –Dailymail.co.uk