Mahkamah Kekal Tian Chua Bebas Tuduhan Menghasut

125
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan membebaskan ahli Parlimen PKR Tian Chua daripada tuduhan membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap kerajaan berhubung dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini, pada tahun 2014, membebaskan Tian Chua daripada pertuduhan yang sama.

Hakim menolak rayuan pihak pendakwa dengan alasan mereka telah gagal untuk membuktikan bahawa Tian Chua telah mengucapkan kata-kata yang berunsur hasutan.

Saksi utama pendakwaan, Siti Nooraishah Geoffrey, bekas wartawan Keadilan Daily, tidak mempunyai apa-apa untuk menyokong keterangannya.

Hakim itu berkata nota Nooraishah tidak mudah dibaca dan tidak ada dokumen lain yang telah dikemukakan untuk menyokong keterangannya.