LTAT Cabar Rafizi Dedah Nama Atau Disaman

109
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan memfailkan tindakan mahkamah terhadap Rafizi Ramli jika naib presiden PKR itu tidak mendedahkan nama pesara tentera yang didakwa tidak menerima bayaran pampasan atau gratuiti.

Pengerusinya Mohd Anwar Mohd Nor berkata langkah itu akan diambil memandangkan Rafizi secara terbuka mendakwa ramai pesara tentera tidak menerima bayaran itu.

“Kami telah jalankan semua tanggungjawab dan oleh itu, menyatakan sebaliknya, adalah fitnah dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik dan kewibawaan LTAT,” katanya.

Rafizi dilaporkan mendakwa seramai 12,000 pesara tentera tidak menerima caruman LTAT sejak 2014, yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan kontroversi negara 1MDB.

Beliau juga berkata mendapat aduan daripada sesetengah veteran bahawa mereka tidak menerima pampasan walaupun sudah bersara enam bulan lalu.